Wednesday, June 29, 2016

Jana Income Sebagai Pemandu Uber


Jana Side Income Dengan Uber


Sekarang zaman sesak. Ekonomi tak cantik, ramai yang dibuang kerja, kerja separuh mati tapi kuasa membeli tak banyak. Memang realiti hari ini di Malaysia. Aku antara yang terjebak dibuang kerja kerana gara-gara harga minyak jatuh.
Selepas ditamatkan perkhidmatan, 2 bulan memburu kerja tetapi takde yang cocok di hati. Dan pada masa yang sama terasa nikmatnya bekerja dirumah. Tugasan sebelum ini kerja shift, masuk kerja pukul 3pm atau 7am dan kerja lebih kurang 3 kali seminggu. Memang freedom, hampir setiap hari aku boleh hantar dan ambil anak aku dari sekolah. Jadi memang berat untuk aku masuk kerja 9-5.
Jadi Uber memenuhi semua kriteria yang aku idamkan.

1. Waktu Kerja Giler Fleksible

Ya, fleksible giler. Kalau dah jadi driver, tak nak drive pun boleh ! Anda boleh start pukul 3 pagi, 12 tengah hari, 6 pagi, bila-bila masa yang anda suka, tiada bos yang akan marah. Tiada syarat.
Katakan mula pukul 10 pagi dan pukul 11 pagi balik, pun takde hal ! Atas korang semua. Nak duit lebih kerja keras.

2. Tak Perlu Modal Untuk Mula

OK, terus terang tak semua orang ada. Kalau anda ada kereta 4 pintu dan berusia kurang dari 8 tahun, anda bernasib baik, tak perlu modal. Kalau tidak, kena ikhtiarlah cari jalan.
Anda boleh pinjam kereta, cuma kena ikhtiar jalan untuk letak nama dalam insuran atau sekarang pun dah ada org buat business sewa kerata untuk di Uber atau Grab kan.
Pendaftaran, zero RM. Ya, zero, nada, nil, kosong kosong kosong.

3. Syarat Pendaftaran Mudah

Pendaftaran rider boleh dibuat online atau datang sendiri ke pejabat Uber di Petaling Jaya.
Jika anda mendaftar online anda akan dipanggil untuk “menghadap” di pejabat Uber untuk pengesahan dokumen.
Saya cadangkan anda sign up dengan wakil yang dilantik untuk mememudahkan pendaftara. Melalui wakil ini, anda tidak perlu hadir ke pejabat Uber. Sila email kepada ridesmy@gmail.com untuk butiran wakil Uber.
Maklumat pendaftaran dan alamat pejabat sayaakan lampirkan dihujung post ini.
Syarat nya :
  1. Kereta 4 pintu
  2. Keadaan kereta yang baik
  3. Usia kurang dari 8 tahun
  4. Insuran mesti ada nama anda dalam senarai pemandu
  5. Lesen memandu
  6. Kad Pengenalan

4. Latihan 1 jam sahaja !

Ya boss, 1 jam sahaja. Anda akan diletakan didalam satu bilik dengan seorang driver otai. Dalam latihan ini anda akan didedahkan dengan asas pemandu Uber, pengunaan apps dan perkonsian pengalaman dengan pemamdu otai.
Dan tamat sesi ini, anda bole terus memandu dan jana pendapatan.

5. Berapa Masssyuukk Income-nya ??

Ada 2 kaedah untuk jana pendapatan dengan Uber. Mudah sahaja.
Pertama, dengan jana income dengan duit tambang yang dikumpul dari servis anda. Simple. Kiraan tambang boleh rujuk post ini
Kedua, ni kaedah yang saya amalkan, dipanggil “Guarantee Hours”. Berkerja didalam waktu-waktu “Guarantee Hours” pihak Uber menetapkan gaji minimum seperti yang tertera didalam jadual dibawah.
Ini pun simple, bukan rocket science. Setiap jam telah ditetapkan gaji minimum sepanjang hari dan ini berdasarkan permintaan Uber setiap hari. So kalau anda ingin income kasar RM100  sehari, ada beberapa pilihan.
Anda boleh kerja dari jam 6am sehingga 10am, dan setiap jam anda dijamin income kasar sebanyak RM25.
Atau malas bangun awal, boleh mula kerja dari pukul 3pm hingga 9pm.
Jadi jika anda driving 6am – 7am dalam waktu ini dan tambang terkumpul hanya RM10, Uber akan topup RM15 untuk cukupkan RM25. Jika anda dapat kumpul tambang lebih, Uber tidak akan topup.
Harus diingatkan, “Guarantee Hours” diatas sebelum ditolak 20% upah Uber.
Dan jadual diatas adalah tangga gaji paling bawah, dipanggil Tier 2. Kalau anda dapat kumpul RM500 tambang seminggu, anda layak untuk “Guarantee Hours” Tier 1 seperti dibawah.
Untuk mengelakan berlaku penipuan, terdapat beberapa syarat lain untuk melayakan “Guarantee Hours” ini. Tak pakai duit pun, sekadar jujur dalam membuat pekerjaan. Ini saya akan bincangkan dalam post lain.
Jadi aku harap anda boleh dapat gambaran macamana untuk jana side income atau permanent income dengan Uber. Simple no brainer.
Untuk mendaftar menjadi driver, sila klik link di bawah:

Jana Income Sebagai Pemandu Uber

Jana Side Income Dengan Uber Sekarang zaman sesak. Ekonomi tak cantik, ramai yang dibuang kerja, kerja separuh mati tapi kuasa membeli...